Ku biar kalam berbicara...menghurai maksudnya dijiwa...agar mudahku mengerti segala yang terjadi sudah suratan Ilahi...Ku biarkan pena menulis...meluahkan hasrat dihati...moga terubat segala keresahan dijiwa tak pernahku ingini...

Monday, July 28, 2008

# HaTi YaNg BarU #

Ya Allah,
Aku menantiMu disetiap terbit fajar kehidupanku menjelang senja,
Mengharapkan Dikau kurniakan cintaMu,
Dalam nafas yang semakin perlahan,
Dalam arah yang semakin kabur,
Dan langkah yang semakin jauh,
Aku memohon kehadratMu...

Berikanlah aku hati yang baru,
Sekiranya hati yang Engkau kurniakan semalam telah musnah menjadi hitam,
Telah hancur bersama dosa semalam...

Kerana aku mahu pulang,
Aku mahu kembali bertemu denganMu,
Dengan cinta yang utuh,
Dalam rindu yang tertangguh,
Dalam pertemuan yang mulia untuk meraih kasihMu...

No comments: