Ku biar kalam berbicara...menghurai maksudnya dijiwa...agar mudahku mengerti segala yang terjadi sudah suratan Ilahi...Ku biarkan pena menulis...meluahkan hasrat dihati...moga terubat segala keresahan dijiwa tak pernahku ingini...

Friday, December 22, 2017

Ubah Pandang, Berubah Pemandangan

Bismillahhh...




Hai korang! Harini macam biasa Elda nak kosongkan kepala. Heheh.

Dah penghujung tahun 2017 ni, banyak benda yang Elda baru tersedar yang Elda dah banyak buat salah selama ni. Hmmmm..Takpelah...Syukur Allah beri kesedaran. Elda terima ia sebagai satu pengajaran. Salah satu kesalahan yang Elda perasan, adalah tentang keberadaan Elda di dalam media sosial.

Ada satu hari tu selepas Elda muhasabah diri, Elda jadi nekad nak bersihkan diri terutamanya hati. So, Elda rombak kembali semua friendlist dalam media sosial Elda. Mana yang Elda rasa tak suka, which mean posting dia yang SELALU kalau Elda baca, rasa macam nak mengutuk tuuuuu, Elda unfriend je terus. Yang KADANG-KADANG annoying tu takpelah kot. Masih boleh tolerate lagi. Sebab tak sunggup dah nak mengutuk selalu dalam hati, rasa berdosa. Tak pun orang yang Elda perasan dia macam adaje cari salah Elda. Apa-apa yang Elda post adaje yang tak berkenan di mata dia, pun Elda unfriend je terus. Sebab bagi Elda, buat apa tengok dan baca kalau tak suka?Elda menulis banyaknya adalah sharing daripada semua ceramah yang Elda pernah dengar. Ada orang pula ingat Elda menyindir dorang. Takde pun ok. Tak kuasa nak menyibuk hal orang. Banyak lagi kerja lain yang Elda sibukkan belum terbuat pun. Hmmmmm.

Tapi...dah betul-betul di sisa penghujung tahun ini, jujur Elda rase lain pula perasaannya. Bila Elda scroll Face Book atau Instagram, perasaan yang DAHULUnya bahagia sebab hanya boleh nampak kata-kata para ustaz dan ustazah...hanya nampak hadith, ayat-ayat Al-Quran...hanya nampak kata-kata hikmah..hanya nampak kelibat orang yang menutup aurat sahaja...hanya nampak live ceramah dan sharing ilmu..hanya nampak yang baik-baik sahaja..sebab yang di follow dan followers hanyalah yang baik-baik sahaja. Alhamdulillah atas semua ini Ya Allah...

Namun...rupanya ada satu tempat kosong di dalam hati ini yang membuatkan Elda rasa SEKARANG tidak lagi berapa bahagia melihat semua itu. Sebab Elda rasa seperti kehilangan sesuatu. Tempat kosong yang diperuntukkan untuk mad u' masih belum terisi di hati ini. Apalah guna kalau Elda sharing ilmu kepada yang sudah sedar?Apalah guna Elda sharing ilmu kepada yang sudah tahu?Apalah guna Elda sharing ilmu kepada yang nak tahu, bukan yang tak nak tahu tapi TERambil tahu?Apalah gunanya???


===========================================================
Ya Allah..butanya aku selama ini...T_T
Aku sibuk memperbaiki diri sendiri dan orang yang baik-baik sahaja sampai terlupa nak bawa mereka yang tidak tahu untuk bersama merasai nikmatnya Iman ini...
Aku lupa bahawa dakwah yang aku pertahankan selama ini bukan untuk menarik yang sudah terarah..
Tapi untuk mereka yang masih tersesat tak tahu arah..
Ampunilah aku Ya Allah..T_T
===========================================================


Mulai daripada hari itu, Elda start accept kembali semua orang yang nak berkawan dengan Elda...tak kira lelaki ataupun perempuan..sebab bagi Elda, tak perlu menyorok dah..di mana-manapun Elda tetaplah Elda yang sama..tidak berubah personaliti apabila berada di tempat yang berbeza..


===========================================================
Elda betul-betul rindu...
Elda rindukan mereka yang free hair, tapi bila Elda buat live bacaan Surah Al-Mulk malam-malam, dia setia mendengar sampai habis live session...T_T
Elda rindukan orang yang berkapel, tapi bila dia baca post Elda, dia dah stop upload gambar berdua-duaan...T_T
Elda rindukan mereka yang selalu post gambar menunjuk makanan, sekarang sudah mula post gambar makanan yang captionnya tolong promote kedai tempat dia makan tu atau share resepi masakan yang dia masak tu..semua post dia sudah ada "isi"..T_T
Elda rindukan make up artis yang selalu like posting Elda, namun, lepas terbaca pasal sharing tentang etika make up pelanggan, dia sudah sedikit-sedikit buang bulu mata palsu dalam solekan..T_T

Elda betul-betul rindukan korang..Elda harap korang akan sudi terima untuk berukhwah kembali dengan Elda..T_T

Arghhhhhhhhh...bodohnya aku...T_T
===========================================================


Azam Elda untuk akan datang, adalah nak jadi seorang yang lebih penyayang. Elda nak sayang semua orang. Syurga Allah itu luas. Elda nak ramai-ramai kita jadi penghuni syuga Allah nanti. Dan Elda juga nak jadi seorang yang lebih mengasihani. Elda nak jadi lebih kesiankan mereka yang buat salah, buat dosa. Sebab mereka tidak tahu Ya Allah..Ampunilah mereka..T_T

Ahhhh...Kenapalah post kali ini diiringi hujan?Habis laptop aku..haha..Semoga dalam hujan ada terselit rahmat Allah. Ampuniku Ya Allah...T_T

Benarlah..Apabila kita ubah pandangan kita terhadap sesuatu...pandang dengan penuh kasih sayang...pemandangan juga akan berubah mengikut apa yang kita rasai =')

Thursday, December 21, 2017

Be Kind to Unkind People, They Need it Most!

Bismillah...




Aku, macamnilahhhh. Setiap kali buka laptop untuk buat kerja ofis (Indah Islamic Center), terpaksa singgah sini. Bebel dulu baru ada semangat untuk buat kerja. Haha.

Tajuk hari ini nampak macam negatif kan?Tapi tunggu dulu. Aku bukan nak cerita pasal siapa unkind people tu. Cumanya aku nak korek isi tersirat disebalik quote tu. Almaklum aku ni memang seorang yang kuat berfikir. Tapi sayangnya sebab aku bukan seorang yang bijak dalam slip peperiksaan, jadinya apa yang aku cakap selalu orang nampak seperti tiada value. Hehe. Takpe. Tak kecik hati pun. Sebabnya aku tengok semua ahli fikir biasanya pandangan mereka selalu je akan ramai orang kritik pada mulanya. Nanti bila dah terbukti kebenaran dan dah ramai orang boleh terima pandangan dia, barulah orang akan iktiraf pemikir-pemikir kritikal macam aku ni. Hahah. Ya, aku disini selalunya untuk mengosongkan kepala. Apa yang aku terfikir, kadang orang malas nak dengar cerita aku, so, aku tulislah dekat sini. Tak pasti, takde orang baca kot blog aku ni. Hahahahahaha...

Beberapa hari selepas aku ternampak quote ni, asyikla aku terfikir, "Kenapa pula nak kena buat baik pada orang yang tak buat baik pada kita?Patut balas aje biar dia sedar diri kan?Heee

Sebenarnya, mengikut kajian psikologi, orang yang unkind/tidak baik ni sebenarnya dia kurang kasih sayang. Jadinya, bila ada orang yang tak suka pada kau, kau kene semak balik sikap kau pada dia. Mungkin adala tu sikap kau yang dia tak berkenan. Even kau dah buat baik pun dia still buat tak baik juga pada kau?Ha..ni sebab ada lagi benda yang tak lepas dalam hati dia tu. Cara terbaik adalah luah. Luah untuk kosongkan hati. Ni Ustaz Abdullah Al-Amin yang ajar dalam bab "Komunikasi sesama pasangan". Boleh jugak aplikasikan cara ni dalam berkomunikasi dengan orang lain.

Contoh. Cuba kau tengok, kenapa dengan suami yang kau cinta, kau bolehje terima segala keburukan dia dan mudah nak memaafkan kesalahan dia?Sebab sayang kita terhadap dia terlalu banyak. Takpun kasih sayang yang dia berikan kepada kita terlalu banyak sampai boleh menutupi salah yang sedikit itu. Nampak tak?

So, sama jugak. Ni situasi bila kau tak suka kepada seseorang pulak. Cuba fikir kenapa kau tak suka pada orang tu? Mungkin kerana kau belum sayang banyak kepada orang itu. Ataupun mungkin orang itu tak sayang banyak pada kau. Kan?

Jadi macamana nak berbaik supaya semuanya ok?Kalau kita mengharap orang buat baik atau sayang kita terlebih dahulu, memang kadang takkan terjadi atau mungkin lambat. Sebab kita memang tak mampu nak merubah orang lain. Allah berfirman, "Aku takkan merubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubahnya" (13:11). Maksudnya kita yang kena gerak dahulu, kita yang kena selesaikan masalah ini dahulu, barulah selebihnya Allah bantu. Faham tak?

Bila dah tau punca, barulah senang kita nak cari jalan penyelesaian kan? Itu jelah kot bedah quote untuk hari ini. Ya Bedah Beduuuuuuu. Moga bermanfaat tau. Bai! =)

Wednesday, September 6, 2017

Korbankan Ismail mu!

Bismillah...

Perkara yang paling susah untuk kita korbankan adalah perasaan "CINTA". Lihat sahaja Nabi Ibrahim yang begitu mudah mengorbankan berhala yang menjadi kesayangan Bani Israil berbanding mengorbankan anak kesayangannya sendiri. Apa yang kita cinta lebih sukar untuk kita korbankan berbanding mengorbankan apa yang kita benci. Jika kita mengorbankan sesuatu yang kita tak sayang, itu belum sampai ke tahap bekorban namanya. Perhatikan korban antara Habil dan Qabil, siapa punya persembahan yang Allah terima? Sudah tentu persembahan yang terbaik dari hati yang diterima oleh Allah berbanding persembahan yang sekadar memenuhi syarat. Saya tertarik dengan satu message di group whatapps daripada seorang jiran saya ni:

................................................................................................................................................................
Jika kita tak mampu menyembelih haiwan quban tahun ini, maka sembelihlah sifat sombong yang ada dalam diri kita, yang selalu merasa benar, yang selalu merasa pandai, yang selalu merasa a'lim.

Jika kita belum diberi kesempatan melempar jamrah tahun ini, maka lemparlah sifat hasad, hasut, iri, dengki, amarah, dendam dalam diri kita agar kita boleh memandang orang lain dengan pandangan kasih sayang.

Jika kita belum sempat melaksanakan tawaf mengelilingi kaabah tahun ini, maka kelilingilah tetangga, saudara, kerabat dan sahabatmu agar terjalin tali silaturrahim yang erat antara sesama hamba Allah.
................................................................................................................................................................

Sebenarnya tajuk ini saya ambil daripada pengisian oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi dalam rancangan Islam Itu Indah di IKIM.fm. Ada juga isi lain yang saya tambah. Ismail yang ustaz maksudkan disini adalah gelaran untuk apa sahaja yang kita cintai. Jangan bersedih untuk mengorbankan sesuatu kerana Allah. Ingatlah...

APABILA CINTA YANG KECIL KITA KORBANKAN, MAKA CINTA YANG BESAR AKAN KITA MILIKI. ITULAH CINTA ALLAH...

Benar, episode Aidiladha kali ini sungguh penuh dengan pengisian buat diriku yang kerdil ini. Kalau waktu kecil dahulu, kegembiraan hanya kerana ia adalah hari raya dan dapat tengok lembu dan kambing ditumpaskan. Kali ini sungguh berbeza. Semakin kita dewasa, semakin kita isi diri sendiri dengan ilmu, semakin kita rasa berat sebenarnya. Berat air mata sampai tumpah melihat haiwan dilapah. Agaknya macamtu mereka lapah perut aku sewaktu melahirkan anak-anak dahulu. Ya Allah..andai melahirkan anak juga dikira sebagai korban. Count on me please. Buat masa ini saya belum mampu bekorban wang ringgit. Hanya darah, masa dan tenaga yang saya mampu sumbangkan buat agama ini. Detik waktu yang tersisa. Semoga Kau berkati semuanya ='(

Monday, August 28, 2017

Pilih Penjual ~

Bismillah...

Suami pernah tanya aku, kenapa awak kalau beli barang asyik beli dengan seller yang sama je?

Hehe. Sebenarnya akuni agak cerewet jugak dalam membeli. First, aku akan cari barang yang aku nak beli. Lepas dah jumpa, aku akan tengok penjualnya dahulu. Ini adalah syarat yang paling penting bagi aku. Penjual yang ISLAMIK adalah keutamaan aku. Contoh, kau pergi pasar malam, kau tengoklah penjual tu pakai baju menutup aurat ke tak?Yang lelaki pulak kalau tak pakai kopiah pun, tengoklah seluar dia tu berlubang sana sini melebihi aurat tak?atau dia berseluar pendek melebihi aurat tak?Sikap dia dalam meraikan pembeli macamane?Kalau penjual online, kau scroll dulu apa yang dia post. Ada tak selitkan Islamik dalam post dia tu?

Ok korang mesti akan cakap "Don't judge a book by it's cover" kan? Tapi memang susah sebenarnya nak detect yang betul-betul islamik. Cara tapisan yang aku pakai ni hanya salah satu usaha je. Sebab bagi aku, kalau orang rasa Islam ini membebankan, confirmla dia taknak pakai baju lengan panjang sebab rasa susah nak buat kerja (aku pernah kerja pasar malam dulu so, aku taula alasan diorang). Ada jugak tau perempuan yang pakai seksi dan bermekap semasa menjual bagi menarik perhatian pelanggan. Kes tak yakin dengan rezeki Allah la ni. Huhu. Yang lelaki pulak diorang pakai seluar pendek sebab panas woi kat pasar malam tu asap sana sini. Dannnnn..sebab utama aku suka penjual islamik ialah kerana pada persepsi aku, tahap taqwa mereka ni agak tinggi sedikit berbanding penjual biasa yang lain. Taqwa ni penting tau. Sebab orang yang bertaqwa, dia akan takut nak buat dosa. Contoh nak kurangkan timbangan barang yang kastemer beli ke. Nak tipu kastemer ke. Nak sorokkan kerosakan barang ke. Kalau masak pulak kita boleh agakla diorang akan baca Bismillah, jaga kebersihan dan lain-lain lagi.

Yang kedua, penjual tu kalau boleh cari yang pembersih atau tempat jualan mereka itu hendaklah BERSIH. Kau tengoklah cara dia kendalikan makanan contohnya pakai sarung tangan ke tak?Kalau tak pakai, tangan dia tu macamane?Tergaru sana sini tak? Barang pulak elok tersusun dan kurang lalat. Barulah kita tak ragu-ragu terhadap makanan yang kita nak makan nanti. Atau pun barang yang kita nak beli tu, kita boleh agakla penjualtu mesti cari yang diperbuat daripada bahan-bahan yang bersih dan halal. Kan?

Yang last sekali barulah aku akan tengok SIKAP penjual tu. Apesal sikap aku tengok last seyh?Sebab...walaupun kadang muka penjual tu macam mintak penampor, tapi atleast aku dapat barang yang aku nak dalam keadaan yang baik dan lepas tu takkan jumpa dah penjual tu. Hehe. Kalau jumpa lagi pun, sikap ni benda yang boleh ubah. InshaAllah lelama ok la nanti.

Tu jelah kot pot pet aku untuk hari ini. Kalau korang nak ikot, silakan. Kalau korang ada persepsi tersendiri, aku faham. Citarasa kita semua tak sama kan? Hihi. Dah start cuti sekolah ni. Anak-anak dah di rumah. Full house. Banyak kerja nak kene buat tapi mama is happy sebab kesayangan mama disisi teman mama buat kerja. Have a good day korang =)

Thursday, August 24, 2017

Cinta Itu Buta

Cinta itu buta. Oleh kerana itu, pengorbanan dalam mentaati perintah Allah tidak terasa terbeban walau sedikit pun kerana terlalu cinta kepadaNya.

- Ustaz Pahrol Mohamad Juoi -

MUHAMMAD DAYYAN

Bismillaa hirrohmaa nirrohimmm...

Post hari ini adalah tentang anak saya yang kedua iaitu Muhammad Dayyan bin Muhammad Haikal.


Pada awal mengandungkan dia, saya memang buntu nak memilih nama buat anak ini. Nak cari nama yang ada huruf D kononnya, sebab abang dia dah dinamakan sebagai Muhammad Darwisy. So, pada waktu itu saya berkenan betul dengan nama Diaz. Tetapi malangnya saya tak jumpa maksud Diaz itu. Cari punya cari, berkenan pulak dengan nama Dayyan. Memang dah simpan siap-siap nama Dayyan ni sampailah dah masuk fasa menunggu hari, bila sebut je Dayyan, hati macam tak sedap. Macam masih ragu-ragu betulke nak namakan dia Dayyan? Again saya pun google lah lagi. Ada yang kata Dayyan ini adalah salah satu nama Allah. Waktu itu saya memang tidak percaya sebab saya dah cek dalam 99 nama-nama Allah, memang takde perkataan Dayyan. Setelah berdoa dan istikharah, akhirnya selepas melahirkan, dengan tawakal saya pun memberi nama anak sebagai Muhammad Dayyan.

Nak dijadikan cerita, bila anak dah berumur setahun lebih sekarang ni, timbul balik isu nama anak saya daripada beberapa buah mulut. Almaklumlah bila jadi ustazah ni memang ramai je yang nak cari salah. Apa dia ingat ustazah ni maksum ke?Huhu...

Keraguan datang kembali. Syukur kepada Mu Ya Allah kerana zaman sekarang ini dah mudah nak rujuk ustaz dan ustazah sebab kebanyakan mereka ada akaun di media sosial. So, message ajelah mereka. Dalam hati cakap, "Masa nak namakan anak dulu tak pulak kau mintak pandangan asatizah dulu kan?lempang muka sendiri T_T".

Ada beberapa asatizah yang saya dah message seperti Ustazah Isfadiah, Ustaz Izhar Ariff, Ustaz Dr. Zulkifli Al-Bakri dan Ustaz Syed Kadir. Ada yang belum beri jawapan dan kebanyakan mereka menjawab pendek sahaja "BOLEH, TIADA MASALAH".

Sebenarnya saya tak pernah ragu pun pasal penggunaan nama Allah sebelum ini, sebab saya tengok memang ramai yang namanya terdapat nama-nama Allah seperti Muhammad Muhaimin, Fattah, Muhammad Hafidz, Raqib, Muhammad Hakim dan banyak lagi. diorang tak letak pun Abdul kat depan nama tu?Even nama Imam Malik pun hanya Malik bin Anas. Adakah kebanyakan rakyat Malaysia ini jahil tentang nama, sampai dah banyak sangat nama tak sesuai diberikan kepada anak dan takde siapa pun yang menegur? Tetibe saya pulak dikecam sebab tak letak Abdul di depan perkataan Dayyan. Terus saya jadi ragu-ragu, down sampai rasa nak tukar nama anak, sampai segan nak panggil nama anak depan orang tau! Hanya panggil "adik" je sehinggalah setelah saya temui jawapan kepada keraguan saya. Teruk rupanya penangan "cakap-cakap orang" ni. Hmmmm...

Ok kerana Ustaz Syed Kadir je yang jawab "panjang sikit" message saya tempoh hari, saya nak sharekan di sini untuk rujukan para ibubapa yang mungkin mengalami masalah yang sama dengan saya. Dah dah..lepasni jangan risau lagi ok. Boleh namakan anak dengan nama apa sahaja asalkan maksud nama itu baik, KECUALI tak boleh menamakan anak dengan nama AR-RAHMAN (nak tau penjelasan boleh message Ustaz Syed Kadir sendiri sebab dia hanya maklumkan saya itu sahaja).




Sampai tersyasyul tulis message yang last tu sepatutnya "Jazakallahu khoiron khasiro". Takpelah ustaz faham la kot saya bukannye terer Bahasa Arab. Hihi. Alhamdulillah. Dapat ilmu dan semoga saya akan lebih berhati-hati lagi selepas ini =)

Tuesday, August 1, 2017

INDAH ISLAMIC CENTER

Bismillah...

Hampir 2 tahun aku menyepi tanpa sebarang tinta. Banyak entri yang tertangguh. InshaAllah ada masa lapang aku share ok. Sekarang amat sibuk menguruskan Indah Islamic Center (IIC), Pusat Bimbingan Al-Quran dan aktiviti-aktiviti keagamaan di Krubong, Melaka. Alhamdulillah IIC ni antara impian aku yang menjadi nyata. Terima kasih Allah. Bagi aku, semuanya berkat doa mak dan restu suami. Tanpanya, pasti semua takkan semudah ini. Bantuan ayah dan adik-beradik juga tidak dilupa.

Asalnya niat aku nak buat kelas mengaji kecil-kecilan sahaja untuk mengisi masa lapang yang boring duduk rumah kononya. Sekalinya, aku dilamar oleh pengerusi Madrasah Darul Taqwa agar menjadi pendidik kepada pelajar perempuan dewasa di sana. Selepas itu, ada pula permintaan agar aku mengadakan kelas mengaji untuk kanak-kanak di rumah. Waktu itu anak aku baru sorang. Tak banyak ragam pulaktu. So, aku on je la. Lama-kelamaan anak murid semakin ramai. Tapi yang sedihnya kewangan aku tak stabil. Nak besarkan kelas mengaji pun takde modal. Suami pulak memang dah penuh dengan komitmen, so, tak dapatlah membantu. Aku cuba tebalkan muka, aku whatapps di group kengkawan sekolah dan universiti sahaja minta bantuan kotla ada yang nak infakkan duit buat aku beli peralatan untuk mengajar. Alhamdulillah masih ada yang sudi membantu. Tidak kurang juga yang mengkritik. Biasalah..mereka tidak merasa kesusahan aku. Takpe aku maafkan. Itulah pertama kali aku mengemis dalam hidup. Demi membantu mereka untuk mengenal Al-Quran T_T

2015, aku beranikan diri pergi ke Jabatan Mufti Melaka untuk memohon tauliah. Pun sama, niat di hati nak ambil tauliah kebenaran mengajar di kawasan kecil sahaja. Tapi bila isi borang, entah macamana dengan selamba aku tick kategori tauliah seluruh Negeri Melaka. MasyaAllah. Serammmmm. Dengan soalan temuduga yang bertubi-tubi. Dengan jawapan yang aku beri entah hape-hape je. Tak yakin langsung boleh lepas temuduga. Tapi takdir Allah mengatasi segalanya. Alhamdulillah aku berjaya ='(

2017, bulan Mei, aku sewa sebuah rumah teres untuk dijadikan pusat mengaji. Sebenarnya aku cari rumah sewa dah dekat 2 tahun tapi tak jumpa. Kebetulan tahun ini, kawan suami mencari penyewa yang nak jadikan rumah dia itu sebagai tempat mengaji. MasyaAllah. Akulah antara calonnya. Dan ya, aku terpilih. Terima kasih Allah kerana menggerakkan hati insan-insan yang baik untuk membantu aku dalam perjalanan dan perjuangan ini =)

Akhir cerita, aku masih di sini. Mengumpul bekal buat perjalanan di sana. Mohon yang membaca doakan aku ye. Moga niatku sentiasa dijalanNya. Ini bukan bisnes. Korang mesti terkejut kalau aku kata untung aku tak balik modal pun. Tapi aku bahagia. Sebab aku tahu Dia suka =')