Ku biar kalam berbicara...menghurai maksudnya dijiwa...agar mudahku mengerti segala yang terjadi sudah suratan Ilahi...Ku biarkan pena menulis...meluahkan hasrat dihati...moga terubat segala keresahan dijiwa tak pernahku ingini...

Thursday, August 24, 2017

MUHAMMAD DAYYAN

Bismillaa hirrohmaa nirrohimmm...

Post hari ini adalah tentang anak saya yang kedua iaitu Muhammad Dayyan bin Muhammad Haikal.


Pada awal mengandungkan dia, saya memang buntu nak memilih nama buat anak ini. Nak cari nama yang ada huruf D kononnya, sebab abang dia dah dinamakan sebagai Muhammad Darwisy. So, pada waktu itu saya berkenan betul dengan nama Diaz. Tetapi malangnya saya tak jumpa maksud Diaz itu. Cari punya cari, berkenan pulak dengan nama Dayyan. Memang dah simpan siap-siap nama Dayyan ni sampailah dah masuk fasa menunggu hari, bila sebut je Dayyan, hati macam tak sedap. Macam masih ragu-ragu betulke nak namakan dia Dayyan? Again saya pun google lah lagi. Ada yang kata Dayyan ini adalah salah satu nama Allah. Waktu itu saya memang tidak percaya sebab saya dah cek dalam 99 nama-nama Allah, memang takde perkataan Dayyan. Setelah berdoa dan istikharah, akhirnya selepas melahirkan, dengan tawakal saya pun memberi nama anak sebagai Muhammad Dayyan.

Nak dijadikan cerita, bila anak dah berumur setahun lebih sekarang ni, timbul balik isu nama anak saya daripada beberapa buah mulut. Almaklumlah bila jadi ustazah ni memang ramai je yang nak cari salah. Apa dia ingat ustazah ni maksum ke?Huhu...

Keraguan datang kembali. Syukur kepada Mu Ya Allah kerana zaman sekarang ini dah mudah nak rujuk ustaz dan ustazah sebab kebanyakan mereka ada akaun di media sosial. So, message ajelah mereka. Dalam hati cakap, "Masa nak namakan anak dulu tak pulak kau mintak pandangan asatizah dulu kan?lempang muka sendiri T_T".

Ada beberapa asatizah yang saya dah message seperti Ustazah Isfadiah, Ustaz Izhar Ariff, Ustaz Dr. Zulkifli Al-Bakri dan Ustaz Syed Kadir. Ada yang belum beri jawapan dan kebanyakan mereka menjawab pendek sahaja "BOLEH, TIADA MASALAH".

Sebenarnya saya tak pernah ragu pun pasal penggunaan nama Allah sebelum ini, sebab saya tengok memang ramai yang namanya terdapat nama-nama Allah seperti Muhammad Muhaimin, Fattah, Muhammad Hafidz, Raqib, Muhammad Hakim dan banyak lagi. diorang tak letak pun Abdul kat depan nama tu?Even nama Imam Malik pun hanya Malik bin Anas. Adakah kebanyakan rakyat Malaysia ini jahil tentang nama, sampai dah banyak sangat nama tak sesuai diberikan kepada anak dan takde siapa pun yang menegur? Tetibe saya pulak dikecam sebab tak letak Abdul di depan perkataan Dayyan. Terus saya jadi ragu-ragu, down sampai rasa nak tukar nama anak, sampai segan nak panggil nama anak depan orang tau! Hanya panggil "adik" je sehinggalah setelah saya temui jawapan kepada keraguan saya. Teruk rupanya penangan "cakap-cakap orang" ni. Hmmmm...

Ok kerana Ustaz Syed Kadir je yang jawab "panjang sikit" message saya tempoh hari, saya nak sharekan di sini untuk rujukan para ibubapa yang mungkin mengalami masalah yang sama dengan saya. Dah dah..lepasni jangan risau lagi ok. Boleh namakan anak dengan nama apa sahaja asalkan maksud nama itu baik, KECUALI tak boleh menamakan anak dengan nama AR-RAHMAN (nak tau penjelasan boleh message Ustaz Syed Kadir sendiri sebab dia hanya maklumkan saya itu sahaja).




Sampai tersyasyul tulis message yang last tu sepatutnya "Jazakallahu khoiron khasiro". Takpelah ustaz faham la kot saya bukannye terer Bahasa Arab. Hihi. Alhamdulillah. Dapat ilmu dan semoga saya akan lebih berhati-hati lagi selepas ini =)

No comments: