Perkara yang paling susah untuk kita korbankan adalah perasaan "CINTA". Lihat sahaja Nabi Ibrahim yang begitu mudah mengorbankan berhala yang menjadi kesayangan Bani Israil berbanding mengorbankan anak kesayangannya sendiri. Apa yang kita cinta lebih sukar untuk kita korbankan berbanding mengorbankan apa yang kita benci. Jika kita mengorbankan sesuatu yang kita tak sayang, itu belum sampai ke tahap bekorban namanya. Perhatikan korban antara Habil dan Qabil, siapa punya persembahan yang Allah terima? Sudah tentu persembahan yang terbaik dari hati yang diterima oleh Allah berbanding persembahan yang sekadar memenuhi syarat. Saya tertarik dengan satu message di group whatapps daripada seorang jiran saya ni:
................................................................................................................................................................
Jika kita tak mampu menyembelih haiwan quban tahun ini, maka sembelihlah sifat sombong yang ada dalam diri kita, yang selalu merasa benar, yang selalu merasa pandai, yang selalu merasa a'lim.
Jika kita belum diberi kesempatan melempar jamrah tahun ini, maka lemparlah sifat hasad, hasut, iri, dengki, amarah, dendam dalam diri kita agar kita boleh memandang orang lain dengan pandangan kasih sayang.
Jika kita belum sempat melaksanakan tawaf mengelilingi kaabah tahun ini, maka kelilingilah tetangga, saudara, kerabat dan sahabatmu agar terjalin tali silaturrahim yang erat antara sesama hamba Allah.
................................................................................................................................................................
Sebenarnya tajuk ini saya ambil daripada pengisian oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi dalam rancangan Islam Itu Indah di IKIM.fm. Ada juga isi lain yang saya tambah. Ismail yang ustaz maksudkan disini adalah gelaran untuk apa sahaja yang kita cintai. Jangan bersedih untuk mengorbankan sesuatu kerana Allah. Ingatlah...
APABILA CINTA YANG KECIL KITA KORBANKAN, MAKA CINTA YANG BESAR AKAN KITA MILIKI. ITULAH CINTA ALLAH...
Benar, episode Aidiladha kali ini sungguh penuh dengan pengisian buat diriku yang kerdil ini. Kalau waktu kecil dahulu, kegembiraan hanya kerana ia adalah hari raya dan dapat tengok lembu dan kambing ditumpaskan. Kali ini sungguh berbeza. Semakin kita dewasa, semakin kita isi diri sendiri dengan ilmu, semakin kita rasa berat sebenarnya. Berat air mata sampai tumpah melihat haiwan dilapah. Agaknya macamtu mereka lapah perut aku sewaktu melahirkan anak-anak dahulu. Ya Allah..andai melahirkan anak juga dikira sebagai korban. Count on me please. Buat masa ini saya belum mampu bekorban wang ringgit. Hanya darah, masa dan tenaga yang saya mampu sumbangkan buat agama ini. Detik waktu yang tersisa. Semoga Kau berkati semuanya ='(
No comments:
Post a Comment