Ku biar kalam berbicara...menghurai maksudnya dijiwa...agar mudahku mengerti segala yang terjadi sudah suratan Ilahi...Ku biarkan pena menulis...meluahkan hasrat dihati...moga terubat segala keresahan dijiwa tak pernahku ingini...

Thursday, June 4, 2009

Cinta...

Kau benar…

Kau tidak pernah silap bila kau mengatakan bhwa tidak ada kebahagiaan hakiki di sisi sesama manusia.Aku bukanlah org pertama yang akan membenarkan kata-katamu.Ramai lagi yang menyedari hakikat itu.

Tetapi…

Kita bukan mencari kebahagiaan hakiki di sisi manusia.Kita cuma melunaskan tuntutan fitrah insani ke atas diri kita dan sesama manusia.Kita berkasih sayang dgn manusia ini bukan untuk mencari kebahagiaan abadi.Kita hanya mengharapkan keredhaan Allah.Cuma sebagai manusia,kita sering gagal menyeimbangkan antara dua cinta.Iaitu cinta kpd Allah dan cinta kpd makhluk.Yang tersungkur dalam derita itu bukan kerana mereka salah kerana merasai cinta kerana cinta itu bukan satu dosa selagi ia tidak diletakkan pada perkara yang salah.Tetapi mereka tersalah melebihkan cinta makhluk berbanding cinta kpd Allah.

Jadi…

Janganlah kau takut untuk mencintai.Dan janganlah takut untuk menerima hakikat bahawa kau dicintai.Siapapun kita…apapun kekurangan kita…semuanya Allah anugerahkan dengan cinta masing-masing.Kalau tidak masakan orang cacatpun Allah tetapkan jodoh mereka.Semuanya terletak pada ketentuanNya.Janganlah engkau terlalu melarikan dirimu dari semua itu…

No comments: