Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa
dengan orang yang salah sebelum menemui insan
yang betul supaya apabila
kita akhirnya menemui insan yang betul,kita akan
tahu bagaimana untuk bersyukur dengan
nikmat pemberian dan hikmah di sebalik
pemberian tersebut..
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup,
yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan
memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu
lama hinggakan kita tidak
nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang
anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai
bersama
tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan
pulang dengan perasaan
bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang
pernah dialami.
Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang
telah kita punyai
sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar
bahawa kita tidak tahu apa
yang kita rindukan sehinggalah ‘ia’ datang.
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah
satu kepastian yang mereka akan menyintai anda
kembali!
Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan
sahaja ia untuk mekar di
dalam hati mereka tapi
sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di
dalam hati anda.
Ia cuma mengambil masa
seminit
untuk jatuh hati pada seseorang,
satu jam untuk
menyukai seseorang,
satu hari untuk menyintai
seseorang
tetapi…
ia mengambil masa sepanjang hidup
untuk melupakan seseorang…
No comments:
Post a Comment