Dalam sebuah hadis menceritakan, setengah
daripada kegemaran Rasulullah S.A.W. ialah
suka
bergurau senda dengan kaum keluarganya
dengan
gurauan yang sopan dan memberi faedah.
Pada suatu hari ketika Rasulullah S.A.W.
sedang bercakap dengan anaknya Siti Fatimah
mengenai kenikmatan syurga dan orang-orang
yang akan dikurniakan tinggal di dalam syurga,
maka baginda pun bersabda, “Ayuhai
anakandaku,
ada seorang perempuan kebanyakan yang
akan
masuk syurga lebih dahulu daripada anakanda.
”
Mendengar kata-kata ayahandanya itu, maka
berubahlah air mukanya lantas dia pun
menangis
dan berkata, “Siapakah perempuan itu
ayahanda?
Macam mana halnya dan bagaimana pula
amalannya sehingga dia dapat lebih dahulu ke
dalam syurga daripada anakanda? Ayahanda
khabarkanlah di mana dia sekarang?”
Lalu Rasulullah S.A.W. berkata, “Dia adalah
seorang wanita yang miskin, tinggal di Jabal
Uhud,
kira-kira 3 batu dari Madinah.”
Tanpa membuang masa, Siti Fatimah pun
keluar pergi mencari perempuan yang
dikatakan
akan masuk syurga lebih dahulu daripadanya.
Setelah dia sampai ke rumah orang itu, dia pun
mengetuk pintunya. Kemudian perempuan itu
pun
keluar sambil bertanyakan hajat
kedatangannya
tanpa menjemput Siti Fatimah masuk ke dalam
rumahnya.
Siti Fatimah berkata, “Saya datang ke mari
kerana hendak berjumpa dan berkenalan
dengan
awak.”
Perempuan itu menjawab, “Terima kasih cik,
tetapi saya tidak dapat membenarkan cik
masuk
kerana suami saya tidak ada di rumah. Nanti
saya
minta izin apabila dia balik nanti, silalah datang
pada esok hari.”
Dengan perasaan sedih dan dukacita, Siti
Fatimah pulang dengan perasaan hampa
kerana
tidak dapat masuk dan bercakap panjang
dengan
perempuan itu.
Besoknya, Siti Fatimah datang lagi dengan
membawa anaknya yang bernama Hasan.
Sebaik
sahaja sampai di rumah wanita itu dan setelah
pintu dibuka dan hendak dipersilakan masuk,
tiba-
tiba dia melihat ada budak bersama-sama Siti
Fatimah, lalu dia berkata, “Ini siapa?” tanyanya
kepada Siti Fatimah.
“Ini anak saya, Hasan.” Sahut Siti Fatimah.
Perempuan itu pin berkata, “Saya dukacita cik
kerana saya belum minta keizinan masuk dari
suami saya.”
Siti Fatimah menjadi serba salah. Hendak balik
jauh, hendak ditinggalkan anaknya di luar,
nanti
dia menangis. Hendak dibawa masuk belum
mendapat keizinan. Akhirnya dia pun balik.
Keesokan harinya, dia datang lagi dengan
membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan
Husin. Setibanya mereka di perkarangan rumah
perempuan itu, mereka segera disambut
olehnya,
tetapi dia terkejut apabila memandang ada
budak
lain pula yang belum diminta izin dari suaminya.
Beliau pun berkata, “Cik dukacita kerana
budak yang satu ini belum saya minta izin,
harap
maaf cik.” Mendengarkan kata-kata itu, Siti
Fatimah tersipu-sipu menyahut, “Baiklah. Besok
saya datang lagi ke mari.”
Dalam perjalanan pulang ke rumah, hatinya
berkata-kata, “Heh, perempuan ini takut
sangat
akan suaminya, sehingga perkara yang begini
pun
dia tidak berani melakukannya. Pada hal jika
dia
benarkan aku masuk, takkanlah suaminya
marah.
Tak usahlah pandang aku ini siapa, dan dua
budak
ini cucu siapa, pandanglah kepada tetamu dan
orang jauh, sudahlah,” bisik hatinya sambil
menangis teresak-esak.
Dalam pada itu, sebaik sahaja suaminya
pulang, perempuan itu pun memberitahu
tentang
budak yang satu lagi itu. Suaminya terkejut
dan
hairan sambil berkata, “Kenapa awak tahan
sampai begitu sekali? Bukankah Siti Fatimah itu
puteri Rasulullah S.A.W. dan dua orang
anaknya
itu cucu Rasulullah? Lebih daripada itu pun
awak
patut benarkan kerana keselamatan kita
berdua
kelak bergantung pada keredhaannya
(Rasulullah
S.A.W.). Jangan awak buat seperti itu lagi. Jika
mereka datang lagi ke mari dengan membawa
apa
pun dan siapa pun, terimalah dengan baik, dan
awak hormatlah mereka semua sebagaimana
yang
patut bagi darjat mereka.”
Sahut isterinya pula, “Baiklah, tetapi
ampunkanlah kesalahan saya kerana saya
mengerti bahawa keselamatn diri saya ini
bergantung pada keredhaan awak, suami
saya.
Oleh itu, saya tidak berani membuat perkara
yang
akan membawa kemarahan atau menyakiti hati
awak.”
“Terima kasih,” sahut suaminya, “tapi
takkanlah pula sampai awak tidak menerima
tetamu perempuan melainkan dengan setahu
saya, kerana menghormatkan tetamu
perempuan
itu wajib pada adapt dan agama.”
Pada hari seterusnya, Siti Fatimah datang lagi
dengan membawakedua orang puteranya itu.
Setelah diterimadan dihormatkan mengikut
adapt
kampong dengan dijamu sedikit buah kurma
dan
air, mereka pun memulakan perbualan.
Dalam pada itu, perempuan itu berjalan kea
rah
muka pintu rumahnya sambil memandang ke
arah
jalan seolah-olah sedang menantikan
kedatangan
seseorang dengan tidak begitu mempedulikan
Siti
Fatimah. Sambil itu, Siti Fatimah terlihat di
tangannya terdapat sebatang tongkat dan
sebuah
bekas berisi air, manakala tangan sebelah lagi
mengangkat hujung kainnya sehingga ke atas
sehingga menampakkan betis dan sedikit
pehanya
dan mukanya manis dengan senyuman.
Melihatkan keadaan perempuan itu, Siti
Fatimah berasa resah kerana dia anak-beranak
langsung tidak dipedulikan. Lantas dia pun
bertanya, “Kenapa jadi begini?” Sahut
perempuan
itu, “Cik, harap maafkan saya kerana saya
sedang
menantikan suami saya yang akan pulang ke
rumah.”
“Buat apa dengan bekas air itu?” tanya Siti
Fatimah.
Jawabnya, “Kiranya suami saya dahaga pada
ketika dia balik, saya akan segera
menghulurkan
air ini kepadanya supaya tidak terlambat. Jika
terlambat nanti dia akan marah.”
Kemudian Siti Fatimah bertanya lagi, “Buat
apa pula tongkat itu?”
“Jika suami saya marah, mudahlah dia
memukuli saya dengan tongkat ini,” jawab
perempuan itu.
Kemudian Siti Fatimah bertanya lagi, “Kenapa
pula awak selak kain awak sehingga nampak
aurat? Bukankah itu haram?”
Maka perempuan itu menjawab, “Jika dia
berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya
begini tentulah menambahkan syahwat dan
nafsunya yang memudahkan kepada
maksudnya.”
Sebaik sahaja habis perempuan itu bercakap,
Siti Fatimah termenung dengan hairan, lalu
berkata kepada dirinya sendiri, “Jika begini
kelakuan dan perangainya terhadap suaminya,
tidaklah dapat aku mengikutnya. Patutlah dia
masuk syurga lebih dahulu daripada aku serta
wanita-wanita lain. Ternyata benarlah bahawa
keselamatan seorang perempuan yang
bersuami
itu bergantung kepada ketaatan kepada suami
dan
keredhaan suami terhadapnya.”
Sambil teresak-esak menagis dan enitiskan air
matanya, kemudian Siti Fatimah minta diri dan
pulang dengan segera dan terus mengadap
ayahandanya, Rasulullah S.A.W.
Sebaik sahaja dia mengadap ayahandanya, dia
pun berkata, “Anakanda berasa sangat sedih
dan
lemah segala sendi anakanda kerana tidak
dapat
meniru dan melakukan sebagaimana perangai
dan
amalan perempuan yang ayahanda ceritakan
itu.”
Sebaik sahaja Rasulullah S.A.W. mendengar
rintihan anakandanya itu, lalu baginda
tersenyum
lantas bersabda, “Anakanda, janganlah susah
hati,
perempuan yang anakanda jumpa itu ialah
perempuan yang akan memimpin dan
memegang
tali ras kendali tunggangan anakanda tatkala
masuk ke syurga. Jadi dialah yang masuk lebih
dahulu.” Setelah mendengar penjelasan itu,
barulah siti Fatimah tersenyum ketawa.
No comments:
Post a Comment