Beruntunglah sesiapa yang mengikuti lintasan-lintasan petunjuk dari Allah itu...dan pasti akan merasai rugi jika ia membiarkan lintasan-lintasan itu pergi begitu sahaja...Sebaliknya teramatlah malang mereka yang tertipu dengan tiupan-tiupan Khannas ke dalam hati mereka...yang ditiupkan untuk menghias-hiasi kelalaian hati mereka...

Saturday, March 6, 2010

Marah..!!!

Imam Ghazali berkata:
"Kemarahan manusia bermacam-macam. Sesetengahnya lekas marah, lekas tenang dan lekas hilang.
Sesetengahnya lambat marah, lambat pula redanya. Sesetengahnya lambat akan marahnya dan lekas pula hilangnya. Yang akhir inilah yg terpuji." Tapi bagaimana Rasulullah apabila beliau marah? Kemarahannya adalah kerana kebenaran, ertinya kerana kebenaranlah baginda melahirkan kemarahannya. Tetapi dengan cara sopan, sesuai dengan do'anya ini, iaitu:

"Aku pohonkan kepada Engkau kalimat
kebenaran pada masa marah dan suka."

Maksudnya, Rasulullah tidak berkata kecuali yg benar saja sama ada waktu marah atau waktu tidak marah. Kemarahan Rasulullah saw kerana ada perkara yg tidak disukai yg menyalahi dari yg benar sebagaimana yg
diajarkan agama atau yg terang-terang dilarang oleh agama.

[Kitab Matan al-Arba'in - Sheikh Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syirfu
al-Nawawi]

3 comments:

Milamber said...

nice and good blog...(^_^)
keep it up...
and take care always..(^_^)

Evi LoLyta said...

salam ziarah

haikal said...

marah??? sebenarnya kita semua tak layak dan xde hak utk marah sesiapa..kita semua manusia mmg x terlepas drp buat silap..kita semua x sempurna..hak utk marah hanyalah milik yang maha sempurna..tetapi yang maha sempurna pun maha pengampun dan selalu mengampunkan hambaNya..jadi fikir-fikirkan la bila kita nk marah..sbgai peringatan utk sy dan semua...:)