"Kemarahan manusia bermacam-macam. Sesetengahnya lekas marah, lekas tenang dan lekas hilang.
Sesetengahnya lambat marah, lambat pula redanya. Sesetengahnya lambat akan marahnya dan lekas pula hilangnya. Yang akhir inilah yg terpuji." Tapi bagaimana Rasulullah apabila beliau marah? Kemarahannya adalah kerana kebenaran, ertinya kerana kebenaranlah baginda melahirkan kemarahannya. Tetapi dengan cara sopan, sesuai dengan do'anya ini, iaitu:
"Aku pohonkan kepada Engkau kalimat kebenaran pada masa marah dan suka."
Maksudnya, Rasulullah tidak berkata kecuali yang benar saja sama ada waktu marah atau waktu tidak marah. Kemarahan Rasulullah saw kerana ada perkara yg tidak disukai yg menyalahi dari yg benar sebagaimana yg diajarkan agama atau yg terang-terang dilarang oleh agama.
[Kitab Matan al-Arba'in - Sheikh Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syirfu Al-Nawawi]
3 comments:
nice and good blog...(^_^)
keep it up...
and take care always..(^_^)
salam ziarah
marah??? sebenarnya kita semua tak layak dan xde hak utk marah sesiapa..kita semua manusia mmg x terlepas drp buat silap..kita semua x sempurna..hak utk marah hanyalah milik yang maha sempurna..tetapi yang maha sempurna pun maha pengampun dan selalu mengampunkan hambaNya..jadi fikir-fikirkan la bila kita nk marah..sbgai peringatan utk sy dan semua...:)
Post a Comment