Beruntunglah sesiapa yang mengikuti lintasan-lintasan petunjuk dari Allah itu...dan pasti akan merasai rugi jika ia membiarkan lintasan-lintasan itu pergi begitu sahaja...Sebaliknya teramatlah malang mereka yang tertipu dengan tiupan-tiupan Khannas ke dalam hati mereka...yang ditiupkan untuk menghias-hiasi kelalaian hati mereka...

Friday, November 19, 2010

::Mempersendakan Agama::


Coretan kali ini pendek sahaja tapi mudah2an sama2 kita berfikir dan mengambil ikhtibar k...Beberapa hari yang lepas sy ke bandar untuk servis kereta. Sementara menunggu kereta siap di servis, sy, akak dan emak mencari tempat untuk melepaskan lelah. Kami pun singgah makan di sebuah restoran yang berhampiran. Pelayan dtg, pesanan diambil dan pelayan pergi. Sementara menunggu makanan yg di order sampai, mata sy liar melihat keadaan sekeliling. Apa yang sy lihat, ramai orang lelaki yang berusia dlm lingkungan 30an yang makan disana. Mereka bukan sahaja mkn dan minum, bahkan ditangan mereka terdapat byk kad2 nombor ekor. Yang lebih menyedihkan lg yelah kesemua yang ade disitu berbangsa Melayu. Astaghfirullah hal a'zim....ape nk jd dgn bangsa kita?halal dan haram pun masih tak kenal lg ke?Kemudian mata sy tertarik utk melihat ke arah sebuah meja dimana ade seorang pak cik sahaja yang memakai kopiah dan ditangannya memegang tasbih berada di situ. Mula2 ingatkan pak cik tu pergi berdakwah kpd kawan2nya. Rupa-rupanya sangkaan sy meleset sama skali. Adeke pak cik tu menyusun kad2 nombor ekor diatas meja, kemudian mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu diikuti dengan tasbih yang digerak2kan diatas kad tersebut. Seusai membaca doa (kononnye), tasbih itu dijatuhkan ke atas kad nombor ekor tersebut. Perbuatan itu di ulang sebanyak 3x. Ish3...jampi nombor ekor rupanye...sungguh memalukan! Penampilan berkopiah tetapi perbuatan tak seperti seorang yang faham agama. Naudzubillah...betolla org kate.."Don't judge the book by its cover". Kalaulah penganut agama lain tahu, sudah pasti agama Islam akan di pandang serong. Inilah salah 1 cth perbuatan yang mempersendakan agama. Niat nak membantu org len tu da betol, tapi cara yang digunakan tu salah. Ingatlah wahai hamba Allah, niat tidak menghalalkan cara. Janganlah kita menggadaikan agama utk kepentingan duniawi yang sementara ini, sampai bila2 pon idop kita takkan bahagia...Wallahu 'alam...

0 comments: