Menjadi manusia yang di sukai, Sahal bin Saad berkata, pada suatu masa, seorang lelaki datang bertemu Nabi Muhammad saw dan berkata, "Wahai Rasulullah, tolong terangkan 1 perbuatan yang apabila saya lakukan, Allah dan manusia kasih kepada saya".
Nabi Muhammad bersabda:
"Apabila kamu mengambil nikmat dunia sekadar keperluan sahaja, Allah kasih kepada kamu. Apabila kamu menahan diri daripada meminta apa yang ada di tangan manusia, pasti manusia kasih kapadamu".
"Apabila kamu mengambil nikmat dunia sekadar keperluan sahaja, Allah kasih kepada kamu. Apabila kamu menahan diri daripada meminta apa yang ada di tangan manusia, pasti manusia kasih kapadamu".
(Riwayat Imam Nawawi)
Betullah kan?kita ni selalu fikir apa yang orang lain ada...lepastu jeles...padahal nikmat yang Allah bagi kat kita pun dah cukup banyak...sebabtu digalakkan kita bersikap Qanaah, iaitu bersyukur dan merasa cukup dengan apa yang ada. Kita kena pandang org yang lebih rendah dari kita supaya kita bersyukur dengan nikmat yang selama ini kita dapat. Indahnya Islam! ^_^
No comments:
Post a Comment