Ku biar kalam berbicara...menghurai maksudnya dijiwa...agar mudahku mengerti segala yang terjadi sudah suratan Ilahi...Ku biarkan pena menulis...meluahkan hasrat dihati...moga terubat segala keresahan dijiwa tak pernahku ingini...

Monday, March 23, 2015

CELEBRATE

Bismillaahirrahmaanirrahim...
Assalamua'laikum...

Wah...lama sungguh beta tidak bersiaran ye...almaklumlah kebizian seminggu yang lepas...ampun...ampun...he..

Tanpa membuang masa, untuk enrti hari ini saya akan berbicara tentang "CELEBRATE" yang bermaksud "MERAIKAN".

Ada apa dengan meraikan ni sebenarnya???

Kebiasaannya orang akan meraikan orang lain pada waktu-waktu yang istimewa seperti ulang tahun kelahiran, ulang tahun perkahwinan, naik pangkat, dapat bonus dan sebagainya.

Di dalam keluarga saya, kami memang lazimnya akan celebrate birthday setiap ahli keluarga pada setiap tahun. Dahulu sering juga terfikir di dalam benak ini, kenapa kena celebrate?tidakkah membazir duit sahaja?Kemudian teringat ayat emak "Apalah salahnya kita celebrate...menggembirakan hati orang lain kan dapat pahala..." T_T


Daripada Abu Hurairah RA Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Sesungguhnya antara amalan yang paling disukai Allah ialah memasukkan kegembiraan ke dalam hati mukmin, iaitu melepaskan dia dari kesedihan, atau menyelesaikan hutang yang ditanggunginya, atau memberinya makan ketika dia kelaparan.”
(Al-Baihaqi)


Daripada Aisyah RA “Sesiapa yang memasukkan kegembiraan ke dalam keluarga orang Islam, Allah tidak redha balasan untuknya kecuali syurga."
(At-Tabrani)


Ya...betul cakap emak...memang Nabi SAW pun pernah sebut tentang menggembirakan hati orang lain. The best part is ia adalah antara amalan yang PALING disukai Allah. Allahuakhbar...

Banyak kebaikan yang kita dapat dengan meraikan ni sebenarnya. Selain menggembirakan hati orang, kita juga dapat mengeratkan silaturrahim, dapat bersedekah dan berkasih sayang.


"Hendaklah kamu saling memberi hadiah, kerananya kamu saling berkasih-sayang dan akan jauhlah permusuhan" .
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)


"Janganlah kamu memandang rendah terhadap sesuatu kebaikan, walaupun dengan cara bermanis muka ketika bertemu saudaramu (kerana itu juga satu kebaikan)".
(Hadith riwayat Muslim)


So, janganlah kita memandang rendah sesuatu amalan. Walaupun Nabi SAW tidak melakukannya semasa hayat baginda, tetapi baginda tidak melarang kita melakukannya selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Wallahua'lam.

No comments: