Ku biar kalam berbicara...menghurai maksudnya dijiwa...agar mudahku mengerti segala yang terjadi sudah suratan Ilahi...Ku biarkan pena menulis...meluahkan hasrat dihati...moga terubat segala keresahan dijiwa tak pernahku ingini...

Monday, March 16, 2015

Individu Hebat


Bismillaahirrahmaanirrahim...
Assalamua'laikum...

Hai semuaaaaa....hari ini saya macam sangatlahhhh sibuk...kerja rumah melambak yo...tapi tidak mengapa...entri hari ini mungkin agak pendek sedikit sebab nak jimat masa, mudah-mudahan ianya bermanfaat untuk kita semua...

Tadi dok dengar pengisian di IKIM.fm dengan tajuk "Individu Hebat". Memang panjang penjelasan Ustaz Abdullah dan sangat menarik.

Ok saya buat ringkasan jelah dari apa yang saya dapat tadi...


Untuk menjadi seorang individu hebat, kita perlu manjaga 3 perkara penting

1) Belajar limitkan diri

* Apa-apa je yang kita buat mesti tetapkan limit. Contoh: Benarkan anak-anak bermain gadget setengah jam sahaja, selebihnya pastikan anak-anak belajar...Bila berpuasa, limitkan diri untuk menahan makan...
* Ini sebenarnya memupuk diri agar lebih berdisiplin.


2) Ambil tanggungjawab dan laksanakan tanggungjawab

* Contoh dalam kehidupan berumahtangga, suami bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri. * Walaupun isterinya bekerja, jika dia tahu tanggungjawab, dia akan beri juga nafkah kepada isterinya. 
* Jika masing-masing sedar tanggungjawab masing-masing, akan berkuranglah masalah timbul. 


3) Belajar kawal marah 

* Orang yang dapat kawal marah adalan orang yang paling kuat.
* Walaupun kita menang dalam satu pergaduhan, hakikatnya kita kalah. Dalam pergaduhan tidak akan pernah menang kerana natijahnya tidak elok. Contoh: Gaduh dengan emak, kita menang tapi hubungan dengan emak menjadi tidak baik. 
* Kawallah marah dengan berwuduk dan berpuasa.
* Biasanya bila berpuasa kita akan cepat nak marah tetapi itu sebenarnya kita training diri untuk tahan marah sebab bila berpuasa tidak digalakkan marah-marah. So, bila dah terbiasa menahan marah selama sebulan dalam bulan puasa, ia akan sebati dalam diri kelak. 


Kesimpulannya, ketiga-tiga perkara di atas jika di amalkan akan membentuk kekuatan mental dan hati seseorang. 

Orang yang kuat mental dan hati adalah seorang individu yang hebat!!!

\(^0^)/

No comments: