Bismillaahirrahmaanirrahim...
Assalamua'laikum...
Hahahahaha....tergelak bila baca kartun di atas ni...macam-macam ragam anak murid kan?..haha...
Apabila menjadi seorang guru, perkara-perkara seperti ini kadang-kadang kita tak boleh nak elak. Memang berlaku. Kita perlu terima hakikat bahawa setiap murid ada tahap IQ masing-masing. Tak semua boleh dapat apa yang diajar. Tak semua orang cepat belajar dan tak semua orang mudah ingat.
Mengajar mengaji juga begitu. Ada pelajar yang boleh membaca dengan lancar..ada yang tergagap-gagap...ada yang tak bunyi suara pun ada...haish...-.-
Apabila berhadapan dengan situasi begini, saya teringat satu input yang saya dengar di radio IKIM.fm. Ada seorang ibu bertanyakan tentang cara mandidik anaknya yang "lembab" belajar. Katanya dia menjadi kurang sabar dek kerana dah berkali-kali ulang pelajaran yang sama tetapi anaknya masih tak dapat-dapat juga apa yang diajar.
Jawapan daripada panel memang sangat bermanfaat buat diri saya kerana saya juga kadang-kadang menjadi kurang sabar dalam mendidik. Tetapi selepas mendapat tahu tentang kegigihan Imam Asy-Syafi'i dalam mendidik anak muridnya, saya kini lebih terinspirasi dan lebih bersabar dalam menghadapi pelajar yang kurang cerdas..Jom ikuti kisahnya...^_^
------------------------------------------------------------------------------
Imam As-Subki dalam "Tabaqat Syafi'iah Al-Kubra" bercerita, Imam Muhammad Rabi' adalah murid senior Imam Asy-Syafi'i. Dulu ketika menuntut ilmu, beliau sangat rajin mengikuti pengajian bersama Imam Asy-Syafi'i, tapi beliau kurang cerdas, pemahamannya sangat lambat.
Imam Syafi'i mengajarkan Muhammad Rabi' secara pelan-pelan. Kadang-kadang sebuah permasalahan diulang-ulang sampai empat puluh kali. Tapi Muhammad Rabi' tetap lambat memahaminya. Karena itu, Muhammad Rabi' merasa malu dengan orang-orang yang mengikuti pengajian di majlis tersebut.
Sehingga suatu ketika beliau terpaksa keluar meninggalkan majlis di sela-sela berlangsungnya pengajian. Imam Asy-Syafi'i adalah seorang ulama yang penuh kasih sayang. Dalam khulwahnya (ibadat) ketika bermunajat kepada Allah Swt, beliau selalu berdoa semoga Allah Swt memberi kemudahan kepada Muhammad Rabi' dalam meneguk suguhan ilmu darinya. Doa Imam Syafi'i diterima oleh Allah Swt. Akhirnya Muhammad Rabi' menjadi seorang ulama besar perintis mazdhab Imam Syafi'i.
Cerita ini dicopy dari:
http://mujaddid86.blogspot.com/2014/11/jangan-merasa-lemah-dalam-menuntut-ilmu.html
----------------------------------------------------------------------------
Haaaa...nampak tak?point-point penting sudah saya bold kan disitu...so sebagai seorang guru (ibubapa juga kategori pendidik anak-anak ye), kita perlulah sedar tahap IQ pelajar. Anak murid yang kurang cerdas perlu diberi perhatian lebih...ajar mereka dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Lihatlah...Imam Syafi'i pun mengulangi sesuatu pelajaran yang kurang difahami itu sampai 40 kali...jadi kita ukur sendiri bagaimana tahap kesabaran kita dalam mendidik ye...dan akhir sekali perlu disusuli dengan doa...guru juga perlu mendoakan anak murid supaya mereka dapat apa yang di ajar oleh guru...restu guru pun penting...
Lastly, entri ini bukan untuk guru sahaja ye...kepada yang bergelar pelajar...contohilah Imam Rabi'...jadilah pelajar yang gigih berusaha...jika kurang cerdas tidak mengapa...lipat gandakan usaha dan yang penting jangan mengalah!
Caucincau~
No comments:
Post a Comment