Ku biar kalam berbicara...menghurai maksudnya dijiwa...agar mudahku mengerti segala yang terjadi sudah suratan Ilahi...Ku biarkan pena menulis...meluahkan hasrat dihati...moga terubat segala keresahan dijiwa tak pernahku ingini...

Saturday, March 14, 2015

Alhamdulillah...

Bismillaahirrahmaanirrahim...
Assalamua'laikum...

Apa khabar anda semua?sihat ke?semalam saya tak berapa sihatla...migrain dari siang bawa ke malam...hm...sabar jela...

Entry hari ini nak bercerita sedikit tentang semalam. Walaupun saya tidak berapa sihat, namun saya gagahkan jua kaki ini melangkah ke Madrasah Darul Taqwa untuk mengajar. Oh ya...mungkin ada yang belum tahu, setelah berpindah ke Melaka, saya kini mengajar mengaji sepenuh masa. Siang mengajar di rumah sendiri, malam pula mengajar di Madrasah Darul Taqwa, Krubong.

Untuk sesi malam, saya mengajar perempuan dewasa mengaji. Walaupun penat, walaupun tidak sihat tapi hati ini bersemangat nak bantu anak-anak murid agar pandai mengaji. Tiada yang lebih membahagiakan hati seorang guru melainkan anak didiknya berjaya mengikut acuan yang bentuk. Berjaya juga mencapai harapan seorang guru.

Semalam yang datang mengaji tak ramai dalam 7 orang je. Tapi yang membuatkan saya terharu adalah selepas sesi mengaji, mak cik-mak cik yang hadir bersalaman dengan saya sambil mengucapkan terima kasih kerana mengajar mereka. Ada juga yang bercakap sesama mereka ,"Aku baru tahu hukum tajwid ni...kalau tak datang mengaji mana nak tahu...". Tidak kurang juga ada yang berkata kepada diri sendiri ,"Bestnya mengaji..dah lama tak mengaji..bila dah pandai sedikit, rasa seronok mengaji".

Allah...
Alhamdulillah...
Gembiranya saya mendengar kata-kata mereka...terasa hilang segala penat lelah dan sakit...=')

Terima kasih Allah kerana memberi saya kekuatan untuk melakukan semua ini.
Laa haulawalaa quwwata illaa billah...

Apa yang membuatkan saya kuat dan bersemangat selama ini adalah kerana selalu juga terngiang-ngiang di telinga saya beberapa hadith Nabi SAW:


Diriwayatkan dari Jabir berkata,”Rasulullah SAW bersabda,"Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.” 
(HR. Thabrani dan Daruquthni)



Daripada Uthman bin Affan RA, Nabi SAW bersabda,"Orang yang terbaik daripada kalangan kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarnya".
(Riwayat Al-Bukhari)



Daripada Abu Umamah Al-Bahili, Rasulullah SAW bersabda,"Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia".
(Riwayat Al-Titmizi)



Semoga entri ini bermanfaat kepada bakal guru, guru dan sesiapa sahaja yang sedang mendidik...=)

No comments: