Ku biar kalam berbicara...menghurai maksudnya dijiwa...agar mudahku mengerti segala yang terjadi sudah suratan Ilahi...Ku biarkan pena menulis...meluahkan hasrat dihati...moga terubat segala keresahan dijiwa tak pernahku ingini...

Thursday, March 12, 2015

Maaf T_T


Bismillaahirrahmaanirrahim...
Assalamua'laikum...

Sebenarnya hari ini sungguhlah serabut kepala hotakku ini...mungkin mainan emosi dek kerana sedang diberi cuti oleh Allah kot...he..tapi takpelah...ku gagahkan jua jari ini untuk menulis...atleast 1 hari 1 artikel kecuali jika saya diperantauan tak dapat lah nak online...^_^

Untuk entry kali ini actually saya nak mintak maaf secara terbuka kepada seseorang...haa kau...betul-betul terbuka ni sebab semua orang satu dunia boleh baca...hehe...

Saya ni bila dah buat salah, selalu blur tak tahu nak buat apa lepastu...em...dengan erti kata lainnya tak pandai memujuk...ohhhh...kesiannya diriku ini...T_T

Tapi akukah yang bersalah dalam hal ini???

Cerita ni dah lama sebenarnya...bermula dari zaman sekolah dulu...dan dah lama juga saya berniat nak buat entry ni dengan harapan awak terbaca dan awak tahu it is you who I am talking about.

Ok..ayat seterusnya ini adalah untuk awak...yes awak...

...................................................................................................................
Kita nak minta maaf sangat kat awak sebab I think you know dan perasan kot yang kita tak suka kat awak sejak dari zaman sekolah dulu..tak ada orang tak suka sesuatu tanpa sebab..kita nak explain kat sini sebab kita tahu awak dah lama sangat tertanya-tanya kenapa kita tak suka kat awak?apa salah awak kat kita?teringat last time awak tanya soalan tu kat kita ialah sewaktu kita di matrik UIA dulu...yes kita ditakdirkan berpisah sekejap form 4 dan form 5...lepastu masuk matrik je dapat pulak 1 bilik..Oh My Allah..ketetapan yang penuh hikmah...

Ok straight to the point..I hate you start incident anting-anting..ingat tak?kita terbeli anting-anting yang sama then awak tuduh kita meniru awak!Yes I know awak adalah orang yang baik, berpengaruh dan disukai ramai..so bila dah keluar statement begitu, sampai hampir satu batch kita pulaukan kita. Pernah rasa dipulaukan?mesti tak pernahkan?Bila kita cuba bercakap dengan kawan..mereka buat bodo je ignoring me...Itu menyakitkan tahu???I cried on that time..and many-many times I cried...(padahal masalah kecik je kot...biasalah cerita zaman budak-budak..yang baca sila jangan termuntah...haish...)

Start dari hari itu kita dah tak nak ambil tahu tentang awak lagi...ingatkan mudah...tapi hakikatnya you had disturbing my life...sebab apa tau?sebab walaupun kita dah pindah sekolah ke SMKABP waktu tu...apa je yang kita buat asyik terfikirje "Eh tah-tah tersama dengan dia..kang dia marah pulak..."

Aduhai...apalah nasibku...T_T

Then kat matrik boleh pulak terdapat satu bilik...aduhai...start balik la menghantui kita ni...tiap kali nak buat apa-apaje nak kne pastikan tak sama dengan awak...aduh...rimas...

Nasib baik dah masuk main camp dah tak sama bilik...kita pun busy sampai tak sempat dah fkir tentang awak..he..terserempak dengan awak kadang-kadang tu biasalah...

Dan sekarang...kita dah maafkan awak...dah lama sebenarnya maafkan awak...dah cuba nak berbaik dengan awak...awak pun nampakkan?hehe...cuma tak minta maaf lagije dengan awak...segan..(")_^))

Hope bila awak terbaca entry ni...awak pm lah kita so that I know yang you dah maafkan kita...
Tolonglah jangan fikir negatif lagi pasal kita ye...kita tak tiru awak...tak stalk awak pun...mungkin tiru sikit ada kot dulu sebab ada sifat awak yang kita minat...yes, awak seorang yang kemas..=) tapi sepanjang masa nak ikut cara awak nak buat apa?apa kejadahnya???haha...
kita ada cara sendiri begitu juga awak...

Akhir kalam...kita tetap kawankan?Kita tak nak kehilangan kawan seperti awak...
Kita sayang awak kerana Allah...:')
...................................................................................................................



  

p/s: Kepada pembaca yang lain...yang mengenali diri saya...jika saya ada buat kesilapan atau kesalahan yang saya tidak sedar atau secara sedar, mohon maafkan saya ye...entah esok atau lusa saya belum tentu ada di bumi ini lagi...T.T

#BersihkanHati
#MaafkanSemuaOrang
#Lega.

No comments: