Ku biar kalam berbicara...menghurai maksudnya dijiwa...agar mudahku mengerti segala yang terjadi sudah suratan Ilahi...Ku biarkan pena menulis...meluahkan hasrat dihati...moga terubat segala keresahan dijiwa tak pernahku ingini...

Wednesday, March 11, 2015

Janggut

Bismillaahirrahmaanirrahim...
Assalamua'laikum...




Wahhh...hensem tak Ustaz Azhar Idrus???Apa???nak tengok yang lagi hensem???
Oklah belanja gambar satu lagi...hok ni yang muda sikit...hope you like it...haha...


Astaghfirullah hal'azim...hang jangan le tengok lama-lama...suami orang semua tu...hambo post gambar ni semua cuma nak tunjuk janggut depa je sebenarnya...kotlah ada yang tak kenai mana satu janggut...ye dok?Hai berbahasa utara pulak kita ye...hehe

Oklah tanpa membuang masa...actually haritu saya tengok satu cerita di tv Al-Hijrah...rancangan Dr. Zakir Naik...

Ada satu soalan daripada penonton yang di utarakan kepada Dr. Zakir memang best sebab saya sendiri pun tertanya-tanya kenapa agaknya ye orang Islam di sunatkan menyimpan janggut?

Jeng..Jeng...Jeng...

Dan jawapan yang diberi oleh Dr. Zakir pun memang sangat menarik...


Firstly...
Orang Islam digalakkan memberi salam apabila berjumpa dengan orang Islam yang lain...

Hadis Nabi SAW:
Diriwayatkan dari Ibnu Umar RA bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW apakah Islam yang baik?” bersabda Rasulullah SAW “memberi makan akan makanan dan memberi salam kepada orang yang kamu kenal dan orang yang kamu tidak kenal.


Secondly...
Orang Islam digalakkan menyimpan janggut...kiranya janggutni adalah identiti seorang muslim...

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Di antara fitrah Islam ialah mengerat misai dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang Majusi memanjangkan misai mereka dan mengerat janggut, berbezalah kamu daripada mereka dengan mengerat misai kamu dan memanjangkan janggut-janggut kamu”
(Ibnu Hibban)

Thirdly...
Ha...nampak tak???bila identiti seorang muslim dah jelas, mudahlah kita yang muslim ni nak beri salam kepada sesama muslim di mana sahaja kita berjumpa atau terserempak...


INDAHNYA ISLAM  \(^0^)/



No comments: