Dalam hidup ini kita boleh berbeza pendapat. Kita juga berhak mengemukakan pandangan dan fakta yang kita yakini benar. Namun, dalam masa yang sama kita berusaha menjaga hubungan baik sesama muslim, bahkan sesama insan. Perbezaan tidak semestinya membawa kita bertegang habis-habisan. Kita boleh berbeza dan tidak bersetuju tapi terus bersama dalam ukhuwwah islamiyyah yang luas yang membawa kita boleh duduk bersama, minum dan tersenyum.
(Facebook DrMAZA.com)
Bismillaahirrahmaanirrahim...
Assalamua'laikum...
Haaa...nampak tak quote kat atas tuuu...so hari ini saya nak bercakap tentang perbezaan pendapat sebab sekarang ni saya tengok ramai sangat yang bertekak mempertahankan pendirian masing-masing tak kira dimana sahaja..facebook..twitter..whatapps..etc...
Oklah..ni adalah pendapat saya...kalau ada yang tak bersutuju dengan apa yang saya perkatakan ini tak apa...it is just an opinion by the way...=)
Bagi saya,
kalau cara atau pendapat awak begitu...awak bolehje utarakan pendapat awaktu kepada orang TAPI awak tak boleh paksa orang ikut 100% pendapat awak...you can just give them opinion tapi opinion itu akan masuk ke otak orang lain sebagai satu pilihan atau dalam bahasa jawanya option..hehe...
For example:
Ada orang dia tak suka post anything tentang hal hidup dia..tak suka post gambar family...tak suka post pasal makanan...tak suka post gambar anak..dan macam-macam lagilahhh...bagi dia itu adalah their own private story yang biarlah hanya dia sahaja yang tahu...
Fine..
Tapi janganlah awak menghina atau mengutuk atau menyindir orang yang buat sedemikian...bagi saya, jika apa yang mereka buat itu tak berdosa, it is fine...kenapa nak besar-besarkan cerita???
Kenapa nak paksa orang buat macam apa yang awak buat???
Saya faham ada sesetangah orang tu sangat tegas dalam ke-islamic-kannya...ada yang beritahu saya if dorang post gambar suami, kesian yang takde suami...kalau post gambar anak, kesian yang takde anak..kalau post gambar makanan, kesian yang tengah ikat perut...kalau post pasal kisah hidup sendiri, belum tentu orang lain dapat pengajaran dari kisah hidup kita tu...Yes it is also true...tapi awak pun kena ingat...kita tak boleh ubah atau susah nak ubah hidup orang lain...apa yang kita boleh buat?Just let them...selagi apa yang dorang buat tu bukan perkara mungkar, tak usahlah besarkan perkara tu...
Yang perlu kita tegah ialah bila nampak ada orang post gambar yang tak menutup aurat...kita tegur lah secara berhemah bila nampak ada orang post tentang keaiban family...kita nasihat bila nampak ada orang post perkara-perkara yang tak elok...mencarut, mengghairahkan dan sebagainya...
Kawan-kawan...
Dalam Islam, bukan Allah suruh buat amar makruf nahi mungkar sahaja...berprasangka baik juga dituntut dalam Islam...apalah salah jika kita tengok orang post gambar keluarga bahagia, kita berazam nak jadi seperti mereka dan mendoakan kebahagiaan mereka?apalah salah jika kita nampak orang post gambar anak atau tentang anak, kita jadikan panduan untuk mendidik anak kita dengan lebih baik...apalah salah jika orang post pasal makanan?mungkin mereka nak share resepi supaya orang lain pun boleh try dan menjadi lebih rajin ke dapur?apalah salah jika orang post tentang kisah hidup mereka, jika ia menyedihkan kita doakan mereka...jika ia kisah yang menggembirakan kita happy for them dan berazam untuk jadi bahagia seperti mereka...Indeed, kita sendiri tak tahu dengan cara apa Allah nak beri hidayah kepada manusia...ada orang dapat hidayah dengan membaca (macam saya kot..selepas baca novel "Tautan Hati" -Ustazah Fatimah Syarha)..ada orang dapat hidayah daripada mendengar (macam Umar Al-Khattab..setelah dengar bacaan Al-Quran)...ada orang dapat hidayah dengan melihat (zaman Rasulullah dulu ramai dapat hidayah setelah melihat keperibadian baginda)...dan macam-macam cara lagi...
Saya pernah terbaca di http://saifulislam.com/2015/02/sakit-di-sebalik-keluhan-orang-baik-baik/
...................................................................................................................................................................
Nasihat Abd Al-Qadir Al-Jailani kepada anak muridnya:
“Jangan engkau mendakwa dirimu sebagai Allah, tatkala engkau mahukan semua kehendakmu berlaku. Engkau mahu semua yang engkau hajatkan menjadi kenyataan. Ketika engkau mempunyai harapan yang begitu, engkau seperti mendakwa dirimu Tuhan. Kerana hanya Tuhan yang berhak begitu!”
“Jangan pula engkau mendakwa dirimu seorang Nabi, yakni tidak kira setinggi mana engkau berusaha mencapai Taqwa dan pembaikan diri, jangan sesekali engkau merasakan dirimu tidak bersalah dan tidak berdosa. Sesungguhnya yang bersih dan terpelihara daripada dosa itu hanyalah seorang Nabi yang maksum"
..................................................................................................................................................................

So, kesimpulannya...berlapang dada lah...saling ingat-mengingati...saling mendoakan...dan berprasangka baiklah selalu...InshaAllah bahagia...=D
#PeringatanUntukDirikuJuga T_T
No comments:
Post a Comment