Beruntunglah sesiapa yang mengikuti lintasan-lintasan petunjuk dari Allah itu...dan pasti akan merasai rugi jika ia membiarkan lintasan-lintasan itu pergi begitu sahaja...Sebaliknya teramatlah malang mereka yang tertipu dengan tiupan-tiupan Khannas ke dalam hati mereka...yang ditiupkan untuk menghias-hiasi kelalaian hati mereka...

Wednesday, September 21, 2011

Bersabarlah hati...T_T

Bila kau letih dan hilang semangat...
Allah tahu kau telah mencuba segalanya...
Bila tangismu berpanjangan dan hatimu kedukaan...
Allah telah mengira titisan air matamu...
Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkan...
Allah sentiasa disisimu...
Bila kau telah mencuba segala-galanya
tapi kau tak tahu arah tujumu...
Allah adalah jalan penyelesaiannya...
Bila kau rasa hidup ini bagai tiada erti buatmu...
keliru dan kecewa...
Allah adalah jawapannya...

Ingatlah duhai diri...kita masih ada Dia!
Dia berkuasa beri rezeki kepada siapa sahaja yang Dia mahu...
Yang penting Dia Maha Adil...

0 comments: