Ku biar kalam berbicara...menghurai maksudnya dijiwa...agar mudahku mengerti segala yang terjadi sudah suratan Ilahi...Ku biarkan pena menulis...meluahkan hasrat dihati...moga terubat segala keresahan dijiwa tak pernahku ingini...

Wednesday, September 21, 2011

Bersabarlah hati...T_T

Bila kau letih dan hilang semangat...
Allah tahu kau telah mencuba segalanya...
Bila tangismu berpanjangan dan hatimu kedukaan...
Allah telah mengira titisan air matamu...
Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkan...
Allah sentiasa disisimu...
Bila kau telah mencuba segala-galanya
tapi kau tak tahu arah tujumu...
Allah adalah jalan penyelesaiannya...
Bila kau rasa hidup ini bagai tiada erti buatmu...
keliru dan kecewa...
Allah adalah jawapannya...

Ingatlah duhai diri...kita masih ada Dia!
Dia berkuasa beri rezeki kepada siapa sahaja yang Dia mahu...
Yang penting Dia Maha Adil...

Saturday, March 26, 2011

Nukilan Buat Teman...

As salam....

Nukilan ini saya tujukan khas buat teman yang di sayangi...

NURUL BALQIS BINTI AHMAD GUZALI...
Maafkan kite sbb x bls msg awk haritu...
Kite tgh x de idea nak ckp ape n kite x nk merosak akidah awk dgn kata2 kite yang teburu2...
sbb kite takot kata2 yang terburu2 itu bukan ilham dariNya...
Mungkin awk tgh sedih ats pemergian Siti Bidadari masetu n x pk dulu sblum berkata2...
Kita x boleh salahkan takdir Bal...berdosa...
Bersabar la...hm...

Wahai BALQIS...
Dirimu telah dianugerahi...
Dirimu juga telah di uji...
Maka segala yang datang dan pergi itu meskipun boleh kau tangisi...
tetapi hidup ini tidak akan terhenti pada detik hati kita kecewa meratapi...
Hidup ini tidak akan terhenti hanya kerana kita kehilangan yang disayangi...
Maka telanilah semuanya dengan rela hati...
Pasti kau akan merasai betapa di sebalik semua itu, terselit kasih dan rahmat Ilahi...
Hanya engkau yang perlu mensyukuri...
barulah kau mampu merasai...

BALQIS...
Kite telah banyak terdidik dengan kehilangan...
Kehilangan orang yang kite sayang...
Semua yang kite sayang pergi...
Arwah atok, arwah nenek, arwah mak cik, arwah kawan2...
Walaupun kite dan mereka x serapat seperti kite dgn ahli keluarga...
namun kehilangan mereka tetap dirasai kesedihannya...

Namun Alhamdulillah...
kerana semua itu telah mampu mendidik rohani kite...
utk mengawal batas cinta antara sesama manusia...

Mengasihi ayah ibu, saudara-mara, sahabat handai, kekasih...
Semuanya harus mempunyai batasan agar tidak melebihi cinta kpd Allah dan agama...
Kehilangan dalam hidup ini merupakan suatu ujian praktikal bahawa tiada yang abadi satu pun di dunia ini sama ada yang kita sayangi ataupun yang menyayangi kita...
Semuanya akan pergi...
Kerana lazimnya kehidupan akan berakhir dengan kematian...
Pertemuan akan berakhir dengan perpisahan...
Setiap permulaan pasti ada akhirnya...

BALQIS...
Kite nak awk lafazkan doa di bawah ini dgn sepenuh hati awk...

Ya Allah...
aku benar-benar telah di uji oleh Mu..
Apakah aku benar-benar mampu melaluinya tanpa cinta manusia terhadapku,
tanpa cinta orang yang aku cintai?
Hambamu ini sedar Ya Allah...
Engkau benar-benar mahu menguji hatiku...
Tidak akan ku tahu betapa lemahnya cintaku kepadaMu sekiranya aku tidak di uji begini...
Tidak akan ku tahu betapa aku lebih cintakan dunia daripada cinta kepadaMu sekiranya Engkau tidak membawa Siti Bidadari pergi dari hidup dan mataku...
Tidak akan ku sedar hakikat diri ini yang sebenarnya Ya Allah...

Ya Allah...
Dalam hidup ini terlalu besar dosaku kepadaMu...
Terlalu banyak maksiatku kepadaMu...
Sedangkan taubat yang ku pohon kepadaMu sering ku mungkiri lewat hati tergores...
Selalu ku mungkirinya Ya Allah...
meskipun sewaktu memohon taubatku itu daku merayu kapadaMu...
daku menangis menyesali dosaku...
tetap juga aku mengulanginya...
Hinanya diriku Ya Allah...
Namun dalam hidup ini...
dengan kelemahan dan kehinaan diriku itulah daku tetap memerlukan bantuanMu...
untuk teruskan semuanya...
kerana ada di antara yang berat yang Engkau timpakan padaku itu tidak mampu untuk ku gagahi dgn secebis kekuatan yang ada padaku...
Terlalu banyak kejadian di dalam hidup ini...
tidak mampu ku gagahinya Ya Allah...
Terlalu banyak Ya Allah...
Lindungilah diriku...
Lindungilah hatiku...
Lindungilah imanku Ya Allah...

Muliakanlah Siti Bidadari binti Ahmad Guzali...
Berikan dia ketenangan dan kebahagiaan...
Meski telah hancur hatiku ini kerananya...
tetapi semua itu datang daripadaMu Ya Allah...
Semuanya datang daripadaMu...
Jadikanlah Siti Bidadari binti Ahmad Guzali itu di kalangan orang yang berbakti kepadaMu, kpd agamaMu...
Syukurku di atas pertemuan ini...
Terima kasih kerana memberikan daku derita ini agar aku lebih menyedari betapa jauhnya telah ku bawa hatiku daripadaMu...
Dan dari rebah cinta ini,
Engkau telah memberikan daku satu nikmat yang lebih besar drp nikmat cinta itu sendiri...
Terasa betapa Engkau benar-benar hadir di sisiku...
Hadir bersamaku...
Dekat dgnku...
Engkau berikan daku rasa itu buat kali pertamanya dan Engkau telah mengambilnya kembali...
Sesungguhnya Engkau mahu memberitahuku betapa nikmat kembali kepaaMu lebih besar dari nikmat hidup dgn insan yang dicintai...
Daku telah merasakan kerana Engkau sebenarnya mahu mentarbiyyah diriku agar akhirnya aku merasai nikmat atas semua ujian yang telah kulalui...

Terima kasih wahai Tuhanku...
Terima kasih Ya Allah Ya Muhaimin...
Terima kasih kerana melindungi diriku dan terus mendidikku agar selalu memohon dan merayu kpdMu...
Terima kasih kerana Engkau masih melindungi sekeping hatiku yang kotor ini...
Kurniakan daku rasa gentar setiap kali mengingatiMu...
Hadirkan cinta kepadaMu di hatiku...
Muliakan Siti Bidadari binti Ahmad Guzali...
Muliakan adikku itu...
dan berilah daku kekuatan mengharungi semua ini...
Amin Ya Rabbal a'lamin...

Bal...kite harap nukilan ini sedikit sebanyak dapat melegakan hati awk...
Hanya ini je yang termampu kite buat...maafkan kite Bal...

Friday, November 26, 2010

< Adab Utk Mengelak Fitnah >

Diambil dari buku "Kebebasan Wanita" :
  • Didalam melepaskan pandangan, ada  fitnah bg laki-laki dan wanita, maka perintahNya,
"Katakanlah kpd laki2 mukmin: Hendaklah mereka menahan pandangan mereka".
(an-Nur: 30)
"Katakanlah kpd wanita2 mukminah: Hendaklah mereka menahan pandangan mereka".
(an-Nur: 31)

  • Di dalam menampakkan perhiasan batin terdapat fitnah, maka perintahNya,
"Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang biasa tampak darinya".
(an-Nur: 31)

  • Di dalam kelenturan gerakan dan suara gelang kaki terdapat fitnah, maka perintahNya,
"Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan".
(an-Nur: 31)

  • Dalam kelemahlembutan dalam berbicara terdapat fitnah, maka perintahNya,
"Dan janganlah kamu berlemah lembut dalam berbicara, sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit di dalam hatinya". (al-Ahzab: 32)

  • Di dalam ucapan yang sia-sia dan lancang terdapat fitnah, maka perintahNya,
"Dan ucapkanlah perkataan yang baik". (al-Ahzab: 32)

  • Di dalam menghulurkan tangan utk berjabat tangan dengan wanita terdapat fitnah, maka sabda Nabi saw.,
"Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan wanita". (HR Malik)
"Tangan beliau tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali di dalam bai'at". (HR Bukhari dan Muslim)

  • Di dalam berdesak-desaknya laki2 dengan wanita terdapat fitnah, maka petunjuk Nabi saw.,
"Apabila beliau telah mengucapkan salam (selesai) dari solat beliau, maka beliau berdiam sejenak supaya kaum wanita dapat berjalan sebelum kaum laki2 bertemu mereka". (HR Bukhari)

  • Di dalam bersunyi2 dengan wanita terdapat fitnah, maka perintah Nabi saw.,
"Jangan sekali-kali seorang laki2 bersunyi-sunyi dengan seorang wanita".
(HR Bukhari)

  • Di dalam semerbaknya wewangian dari wanita terdapat fitnah, maka perintah Nabi saw.,
"Apabila salah seorang di antara kamu pergi ke masjid, maka janganlah ia menyentuh wewangian".
(HR Muslim)

  • Dan di dalam mengunjungi tempat2 yang meragukan terdapat fitnah, maka perintah Nabi saw.,
"Tinggalkanlah apa yang meragukanmu". (Shahih Al-Jami'ush Shaghir, Hadith 3372)




Monday, November 22, 2010

Lindungi Aku (T_T)

Tadi saya buka email. Tgh boring2 saje bace balek email yang lama-lama. Tetiba fikiran ni teringat balek 1 doa ni...

************************************************************************

Ya Allah…
Aku terlalu mencintai dia…
Krn itulah ak berasa takut utk mnjd miliknya…
Ak takut krn memiliki sesuatu yg ak cintai di antara apa yg ada di dunia ini akn mnjd hijab antara kita…
Antara kasihku kpdMu..
Ak benar2 takut…
Ak takut utk hidup bergembira dan berbahagia disisinya lebih drp kegembiraan dan kebahagiaan yg ak rasa bila bersamaMu…
Berilah ak kekuatan dan hidayah utk mengharungi semua ini…
Apalah ertinya ak hidup utk mengasihi makhlukMu melebihi drp ak mencintaiMu..
Periharalah diriku dr terjerumus ke lembah itu…
Lembah yg menjauhkan kita…yg menjarakkn diriku dr diriMu…
Krn bukan senang utk memupuk cinta kpdMu…
Bkn mudah utk meletakkan cintaMu di hatiku yang sudah rosak dan hitam ini…
Maka…sekali ketakutan ini dtg…lindungilah daku Ya Allah…
Lindungilah hambaMu yang tidak berdaya ini…=’(
Amin…

~Drp seorang hamba kpd Tuhannya~

**********************************************************************

Em...tapi doa ni bukan saya yang cipta...diambil dari sebuah novel Islamic...tak ingat pula tajuknya...asif jiddan..huhu...T_T
Bagi yang bercinta memang sedih bila baca doa ni...bacalah selalu...mudah-mudahan kita sedar...insaf...dan beringat selalu...



Sunday, November 21, 2010

Pesanan bestari! n_n

Tadi sedang asyik menyelak-nyelak majalah Nur, hati ini tertarik dengan 1 pesanan bestari ni...terfikir untuk kongsikannya bersama pembaca yang lain...sama-sama kita hayati ye..n_n

Menjadi manusia yang di sukai, Sahal bin Saad berkata, pada suatu masa, seorang lelaki datang bertemu Nabi Muhammad saw dan berkata, "Wahai Rasulullah, tolong terangkan 1 perbuatan yang apabila saya lakukan, Allah dan manusia kasih kepada saya".

Nabi Muhammad bersabda:
 "Apabila kamu mengambil nikmat dunia sekadar keperluan sahaja, Allah kasih kepada kamu. Apabila kamu menahan diri daripada meminta apa yang ada di tangan manusia, pasti manusia kasih kapadamu".
(Riwayat Imam Nawawi)

Betullah kan?kita ni selalu fikir apa yang orang lain ada...lepastu jeles...padahal nikmat yang Allah bagi kat kita pun dah cukup banyak...sebabtu digalakkan kita bersikap Qanaah, iaitu bersyukur dan merasa cukup dengan apa yang ada. Kita kena pandang org yang lebih rendah dari kita supaya kita bersyukur dengan nikmat yang selama ini kita dapat. Indahnya Islam! ^_^


Friday, November 19, 2010

::Mempersendakan Agama::


Coretan kali ini pendek sahaja tapi mudah-mudahan sama-sama kita berfikir dan mengambil ikhtibar ok...

Beberapa hari yang lepas saya ke bandar untuk servis kereta. Sementara menunggu kereta siap di servis, saya, kakak dan emak mencari tempat untuk melepaskan lelah. Kami pun singgah makan di sebuah restoran yang berhampiran. Pelayan datang, pesanan diambil dan pelayan pergi. Sementara menunggu makanan yang di order sampai, mata saya liar melihat keadaan sekeliling. Apa yang saya lihat, ramai orang lelaki yang berusia dalam lingkungan 30an yang makan disana. Mereka bukan sahaja makan dan minum, bahkan ditangan mereka terdapat banyak kad-kad nombor ekor. Yang lebih menyedihkan lagi ialah kesemua yang ada disitu berbangsa Melayu dan Islam. 

Astaghfirullah hal a'zim....
Apa nak jadi dengan bangsa kita?halal dan haram pun masih tak kenal lagi ke?Kemudian mata saya tertarik untuk melihat ke arah sebuah meja dimana ada seorang pak cik sahaja yang memakai kopiah dan ditangannya memegang tasbih berada di situ. Mula-mula ingatkan pak cik tu pergi berdakwah kepada kawan-kawannya. Rupa-rupanya sangkaan saya meleset sama skali. Adake pak cik tu menyusun kad-kad nombor ekor diatas meja, kemudian mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu diikuti dengan tasbih yang digerak-gerakkan diatas kad tersebut. Seusai membaca doa (kononnye...), tasbih itu pun dijatuhkan ke atas kad nombor ekor tersebut. Perbuatan itu di ulang sebanyak 3x. Ish..ish...ish...jampi nombor ekor rupanye...sungguh memalukan! Penampilan berkopiah tetapi perbuatan tak seperti seorang yang faham agama. Naudzubillah...

Betullah orang kata.."Don't judge the book by it's cover". Kalaulah penganut agama lain tahu, sudah pasti agama Islam akan di pandang serong. Inilah salah satu contoh perbuatan yang mempersendakan agama. Niat nak membantu orang lain tu dah betul, tapi cara yang digunakan tu salah. Ingatlah wahai hamba Allah, niat tidak menghalalkan cara. Janganlah kita menggadaikan agama untuk kepentingan duniawi yang sementara ini, sampai bila-bila pun hidup kita takkan bahagia...

Wallahu 'alam...

Thursday, November 18, 2010

-Makna Doa Duduk Antara Dua Sujud-

Alhamdulillah....setelah sekian lama menyepi akhirnya berkesempatan juga saya ke laman ini...syukur...
Al-maklumlah...cuti hujung sem dah bermula...banyak la masa sikit...InsyaAllah...n_n


Untuk coretan kali ini, saya cuma ingin kongsikan bersama rakan-rakan tentang maksud bacaan duduk di antara dua sujud.




Mungkin ramai yang tidak sedar. Setiap hari kita bermohon didalam solat kita tetapi sayangnya jika kita hanya memohon tanpa memahami maksudnya.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh 
dari hati kita selama ini..                                               
                                                                            
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..                                                                   
Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah...


  • Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Diam sejenak,                                                          

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka 
diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil...                                         

                                                                            
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah hingga kita merasakan ketenangan...      

Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

  • Warhamni (sayangi aku)
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih sayang Allah yang tak terhitung besarnya...                                                    
                                                                            
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih sayang Allah yang kita terima 
hingga kita merasa cukup...                                       
Kemudian sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di      
atas, satu persatu..

  • Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
  • Warfa'nii (angkatlah darjatku)
  • Warzuqnii (berilah aku rezeki)
  • Wahdinii (berilah aku petunjuk)
  • Wa'Aafinii (sihatkan aku)
  • Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita...
Alhamdulillah...           
Betapa besarnya nilai doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan 
begitu sahaja..                                                           
                                                                            
Dalam tidak kita sedar selama ini kita sebenarnya sedang berpura-pura        
memohon sesuatu...
Naudzubillah...

Apa yang kita dapati untuk hari ini mudah-mudahan dapat kita amalkan dan sampaikan...
Dengan mengetahui maksud bacaan, ia juga boleh membantu kita agar lebih kusyuk dalam solat...InsyaAllah...n_n